top of page

Wakaf Mushaf Masjidil Aqsa

ke Gaza

IMG_3512.JPG

Pengenalan Mushaf Masjidil Aqsa

Dari bumi yang menjadi tempat perjalanan Isra’ Nabi, tempat permulaan kepada agama-agama, dan tangan yang disaluti dengan tanah Palestin yang mulia serta pokok zaitunnya yang menjadi saksi sejarah, maka lahirlah Mushaf Masjid Al-Aqsa yang pertama untuk seluruh dunia.

Mushaf yang membawa nama Masjid Al-Aqsa sebagai lambang simboliknya, ingin mengingatkan kita tentang mukjizat Rasulullah SAW dan wasiat abadinya, iaitu Masjid Al-Aqsa yang diberkati.

“Maha Suci Allah yang mengambil hamba-Nya pada perjalanan malam dari Masjidil Haram ke Masjid Al-Aqsa, yang telah Kami berkahi sekelilingnya, untuk memperlihatkan tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” (Al-Israa :1)

Apa kelebihan memiliki Mushaf Masjidil Aqsa

1. Mushaf yang berasal dan dikeluarkan daripada bumi suci para anbiya’ - Al-ardhul muqaddasah.

2. Mushaf pertama di dunia yang secara rasminya di iktiraf dan di sahkan sebagai Mushaf Masjidil Aqsa oleh Kerajaan Palestin.

3. Mushaf pertama yang dikaligraf sendiri  oleh rakyat Palestin, Sahel Al-Kaabi, seorang kaligraf yang terkenal atas ketelitian dan kerja halusnya.

4. Dicetak di atas kertas khas yang bermutu tinggi oleh syarikat percetakan terkenal yang berasal dari Gaza, Palestin.

5. Telah disemak dengan teliti dan mendapat kelulusan daripada Jawatankuasa Semakan Universiti Al-Azhar Asy-Sharif dan Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Pencetakan Al-Quran Kementerian Dalam Negeri, Malaysia.

6. Menyahut seruan wasiat Nabi Muhammad SAW untuk kita membantu Masjidi Aqsa.  Dalam satu hadis daripada Maimunah R.Anha, beliau berkata kepada Rasulullah:

 

“Wahai Rasulullah, beri padaku satu fatwa tentang Baitulmaqdis. Baginda menjawab: “Pergi ke sana dan dirikan solat didalamnya. Jika kamu tidak mampu untuk pergi solat di sana, maka hantar minyak untuk dinyalakan pelita di Masjid Al-Aqsa.” (Riwayat Abu Daud)
 

MYaqsa pengedar tunggal

Yayasan MyAQSA telah dengan secara rasminya dilantik dan diiktiraf sebagai pengedar tunggal Mushaf Masjidil Aqsa di Malaysia oleh pihak berkuasa Palestin untuk memasarkan dan memperkenalkan Mushaf ini kepada seluruh rakyat Malaysia.

bugAsh.png

Penerima manfaat hasil sumbangan pembelian Mushaf Masjidil Aqsa

897866122_edited.png

Saiz ukuran B5 - 17cm x 24cm

Sila lengkapkan maklumat untuk tujuan penghantaran

Negeri
Negara

*Kos penghantaran adalah tetap sebanyak RM10.00 bagi setiap mushaf.

Pilihan Penghantaran:
Poslaju/Kurier: Kos penghantaran adalah tetap sebanyak RM10.00 bagi setiap mushaf.
⁠Ambil sendiri : Pengambilan sendiri di Pejabat Yayasan MyAQSA
bottom of page